Dengan pengalaman melebihi 20 tahun dalam bidang pendidikan, Dato Idrus Bin Mohd Satha melihat bahawa peranan Multimedia dan Internet dalam pendidikan amatlah penting bagi mempertingkatkan keberkesanan dalam pembelajaran. Beliau melihat Malaysia masih jauh ketinggalan dari aspek tersebut.
Maka, pada tahun 2013, beliau telah menubuhkan Learning Port Sdn Bhd. Seramai 200 tenaga pengajar bertungkus-lumus membangunkan sebuah produk pembelajaran yang memanfaatkan teknologi dan diberi nama myGuru. RM80 juta telah dibelanjakan bagi tujuan ini dan telah siap dibangunkan pada tahun 2018.